theme-sticky-logo-alt
February 18, 2026
126 Views

Mayat Anggota Bomba Ditemui , Adik Belum Dikesan

Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Kandis, Bachok, semalam ditemukan lemas dan terdampar kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Bachok, Supt Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim, 32, ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 12.15 tengah... Read More

Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Kandis, Bachok, semalam ditemukan lemas dan terdampar kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Supt Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim, 32, ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 12.15 tengah hari.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi adik mangsa, Ahmad Nuruddin, 21, masih diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan hingga 10 kilometer di sepanjang pesisir pantai,” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Kandis, hari ini.

Menurutnya, operasi yang digerakkan sejak petang semalam melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, Ahmad Badrul Naim dan Ahmad Nuruddin dipercayai ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama 20 ahli keluarga lain dari Pasir Puteh.

Pihak berkuasa kini menumpukan usaha mengesan mangsa kedua yang masih belum ditemui. – Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading