theme-sticky-logo-alt
February 18, 2026
199 Views

Bersatu Nafi Empat Bahagian Terbubar

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa empat bahagiannya telah terbubar, sambil menyifatkan tindakan menyebarkan berita itu sebagai cubaan berniat jahat untuk mencemarkan imej parti. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan bahawa dakwaan kononnya bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan adalah tidak benar dan tidak berasas. Menurut... Read More

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan bahawa empat bahagiannya telah terbubar, sambil menyifatkan tindakan menyebarkan berita itu sebagai cubaan berniat jahat untuk mencemarkan imej parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan bahawa dakwaan kononnya bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan adalah tidak benar dan tidak berasas.

Menurut beliau, perlembagaan parti tidak memberi kuasa kepada mana-mana ketua bahagian atau ahli jawatankuasa untuk mengisytiharkan pembubaran bahagian sesuka hati.

“Perlembagaan parti tidak memperuntukkan kuasa kepada mana-mana ahli parti, termasuk ketua bahagian, untuk membubarkan bahagian. 

“Tindakan menyebarkan maklumat tidak sah ini jelas mempunyai niat jahat untuk merosakkan imej dan kestabilan parti.”Katanya

Azmin turut menegaskan bahawa keempat-empat bahagian tersebut masih sah dan wujud seperti biasa, serta berada di bawah pemantauan kepimpinan parti.

Beliau berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah memberikan mandat kepada pimpinan negeri untuk memantau dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan pengurusan bahagian berjalan lancar.

Dakwaan pembubaran itu timbul selepas beberapa pemimpin bahagian mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai, namun kepimpinan pusat menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak secara automatik membubarkan struktur bahagian.

Isu ini tercetus ketika Bersatu sedang berdepan kemelut dalaman susulan tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan parti, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kestabilan organisasi tersebut.- Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1