theme-sticky-logo-alt
February 17, 2026
180 Views

“Saya akan memfailkan sivil terhadap beberapa pihak” -Haniff khatri

Peguam Haniff Khatri Abdulla akan memfailkan saman sivil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan kerajaan persekutuan. Haniff berkata tindakan itu adalah susulan keputusan polis tidak membenarkan perhimpunan yang dirancang oleh GARAH di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada 7 Februari lalu, serta penahanan lebih kurang 20 individu sebelum acara bermula.... Read More

Peguam Haniff Khatri Abdulla akan memfailkan saman sivil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan kerajaan persekutuan.

Haniff berkata tindakan itu adalah susulan keputusan polis tidak membenarkan perhimpunan yang dirancang oleh GARAH di hadapan kompleks membeli-belah Sogo pada 7 Februari lalu, serta penahanan lebih kurang 20 individu sebelum acara bermula.

“Saya akan memfailkan tindakan sivil terhadap kesemua pihak yang saya namakan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negara (Mohd Khalid Ismail), Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasution Ismail) dan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim),” kata Haniff

“Kenapa saya kata bakal? Sebab himpunan tak bermula pun lagi. Tidak ada satu ungkapan atau ayat yang keluar daripada mulut sesiapa pun lagi,” katanya

Dalam laporan polisnya sepanjang 28 perenggan, Haniff menegaskan bahawa hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman telah dicabuli oleh pihak berkuasa, dan tindakan itu gagal mematuhi kewajipan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan perhimpunan aman.

Beliau turut berkata bahawa laporan berkenaan juga termasuk aduan terhadap pemimpin negara yang menurutnya telah mencampuri tindakan pihak polis secara langsung dan tidak langsung menyebabkan perhimpunan dihentikan.

Haniff juga menepis dakwaan bahawa perhimpunan itu bertujuan mencetuskan ketegangan kaum atau agama, menegaskan tujuan GARAH adalah menuntut penguatkuasaan undang-undang berkaitan isu pencerobohan tanah dan pembinaan struktur yang didakwa tidak sah. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1