theme-sticky-logo-alt
February 17, 2026
265 Views

“Tidak Ada Bukti Saya, Mengambil Wang” -Rafizi RamIi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendakwa siasatan yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dirinya merupakan satu bentuk intimidasi politik, susulan gesaannya agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, digantung tugas sementara siasatan dijalankan terhadap dakwaan pegangan saham miliknya. Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata beliau percaya tindakan siasatan yang digerakkan “tiba-tiba... Read More

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendakwa siasatan yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dirinya merupakan satu bentuk intimidasi politik, susulan gesaannya agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, digantung tugas sementara siasatan dijalankan terhadap dakwaan pegangan saham miliknya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata beliau percaya tindakan siasatan yang digerakkan “tiba-tiba dan giat” terhadap dakwaan salah laku serta rasuah semasa tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi adalah bertujuan menekan serta mengugut beliau.

“Saya tahu bahawa dakwaan-dakwaan salah laku terhadap saya yang telah melepasi jumlah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak adalah satu bentuk intimidasi,” kata Rafizi

Beliau turut menegaskan siasatan itu berkait rapat dengan gesaannya sebelum ini supaya Azam digantung daripada tugas selepas laporan media antarabangsa mendedahkan pegangan saham Ketua Pesuruhjaya itu yang melebihi had dibenarkan bagi penjawat awam. Rafizi berkata serangan terhadap dirinya mencerminkan sejauh mana bahayanya apabila seorang individu yang sedang disiasat masih memegang kuasa dan jawatan tinggi.

Rafizi juga menjelaskan laporan terhadapnya dibuat oleh beberapa organisasi, termasuk beberapa pertubuhan yang menurutnya mempunyai kecenderungan “anti-perdana menteri”. Beliau menegaskan bahawa dasar-dasar utama yang dilaksanakan semasa beliau menjadi menteri — seperti Program Visi Silikon dan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) — telah melalui proses kelulusan yang lengkap dan tidak pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Bekas menteri itu menafikan sebarang salah laku, menyatakan bahawa “tidak ada satu pun bukti” bahawa beliau telah menyalahgunakan dana awam atau menerima wang secara tidak sah.

“Tidak ada bukti saya, mengambil wang, tidak ada bukti wang masuk ke akaun saya, tidak ada apa-apa bukti kewangan,” tambahnya.

Bagaimanapun, SPRM mengesahkan bahawa siasatan terhadap dakwaan itu telah dibuka, walaupun pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai butiran siasatan itu. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1