theme-sticky-logo-alt
February 15, 2026
151 Views

Tujuh Letupan Bom Gegar Yi-ngo dan Ra-ngae

Tujuh letupan bom kecil menggegarkan dua daerah di Narathiwat, selatan Thailand, iaitu Yi-ngo dan Ra-ngae. Kejadian tersebut berlaku antara jam 11 malam, hingga jam 5 pagi waktu tempatan. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. Bagaimanapun, beberapa premis perniagaan dan sebuah motosikal mengalami kerosakan akibat letupan berkenaan. Lima letupan pertama berlaku di daerah Yi-ngo termasuk di luar... Read More

Tujuh letupan bom kecil menggegarkan dua daerah di Narathiwat, selatan Thailand, iaitu Yi-ngo dan Ra-ngae. Kejadian tersebut berlaku antara jam 11 malam, hingga jam 5 pagi waktu tempatan.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. Bagaimanapun, beberapa premis perniagaan dan sebuah motosikal mengalami kerosakan akibat letupan berkenaan.

Lima letupan pertama berlaku di daerah Yi-ngo termasuk di luar sebuah bengkel motosikal, di hadapan sebuah kedai telefon, berhampiran jambatan besi di menara jam, serta di kawasan semak berhampiran laluan keluar ke lebuh raya 42.

Sementara itu, dua lagi letupan berlaku di daerah Ra-ngae, tepatnya di Tambon Tanyongmat. Satu letupan dilaporkan berlaku berhampiran sebuah kedai runcit, manakala satu lagi berlaku di kawasan tong sampah bersebelahan Pejabat Perkhidmatan Pendidikan Wilayah.

Pihak berkuasa Thailand telah menutup kawasan terjejas bagi tujuan siasatan lanjut serta meningkatkan rondaan keselamatan oleh polis, tentera dan pasukan pemusnah bom (EOD). Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) turut diperiksa bagi mengesan suspek yang terlibat.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu dipercayai dirancang bagi mencetuskan ketegangan di selatan Thailand menjelang bulan Ramadan yang bakal disambut oleh masyarakat Islam setempat. Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading