theme-sticky-logo-alt
February 15, 2026
266 Views

Kami Merengek Sebab Sayang Negara’ – Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam ucapan pada Himpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung petang tadi terbuka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa masih mempertahankan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Dalam ucapannya, beliau mendakwa antara perkara paling berbahaya ketika ini ialah kewujudan unsur “komisi gelap” yang kononnya... Read More

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam ucapan pada Himpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung petang tadi terbuka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa masih mempertahankan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Dalam ucapannya, beliau mendakwa antara perkara paling berbahaya ketika ini ialah kewujudan unsur “komisi gelap” yang kononnya telah membolosi sistem pentadbiran negara dan mempengaruhi badan-badan besar termasuk penguat kuasa.

“Saya tak peduli kerajaan mana, saya tak peduli siapa Perdana Menteri. Tapi kalau ada unsur jenayah, komisi gelap yang mengawal badan besar dan boleh mempengaruhi penguat kuasa, masuklah siapa pun jadi Perdana Menteri, negara ini tetap rosak,” katanya.

Beliau turut mendakwa Anwar menyedari isu berkenaan dan kini menjelaskannya dalam siri pertemuan bersama anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara. Namun, beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan menyifatkan kritikan rakyat sebagai usaha yang lahir daripada rasa sayang terhadap negara.

“Kami ‘merengek’ kerana kami sayangkan negara. Kalau Datuk Seri Anwar masih mempertahankan Azam Baki, rakyat akan anggap ini bukan lagi soal Azam semata-mata, tetapi berkait dengan Anwar sendiri,” katanya.

Beliau juga memberi peringatan kepada parti-parti dalam kerajaan perpaduan, khususnya DAP, Amanah dan PKR, supaya tidak terus berdiam diri berhubung isu berkenaan.

“Lama mana lagi kamu nak angguk-angguk pasal perkara ini?” soalnya.

Dalam ucapannya, beliau turut mendakwa Anwar lebih memberi perhatian kepada pendirian DAP berbanding parti lain dalam gabungan kerajaan, dan menggesa parti itu supaya tidak menangguhkan sebarang pendirian sehingga Jun seperti yang didakwanya.

“Kalau cara ini diteruskan, bukan sahaja Anwar, DAP juga akan berdepan risiko dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1