theme-sticky-logo-alt
February 16, 2026
278 Views

Seorang maut, lima terselamat dalam nahas dua kenderaan di Ipoh

IPOH – Seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan maut manakala lima lagi penumpang terselamat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta di Jelapang, berdekatan stesen minyak Caltex Taman Meru awal pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada kira-kira 4.16 pagi, Kenderaan yang... Read More

IPOH – Seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan maut manakala lima lagi penumpang terselamat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta di Jelapang, berdekatan stesen minyak Caltex Taman Meru awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada kira-kira 4.16 pagi, Kenderaan yang terlibat adalah sebuah Mazda CX5 (SUV) dan sebuah Honda City.

Bomba yang tiba di lokasi mendapati seorang mangsa lelaki dewasa berusia 32 tahun duduk di tempat penumpang belakang SUV dan tidak tersepit, namun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.

Semua mangsa lain, termasuk dua lelaki dewasa di dalam SUV dan tiga lelaki berumur 22 tahun yang berada dalam Honda City, berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pihak bomba dan dinyatakan terselamat.

Dalam operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, konsep operasi SAVER digunakan untuk membantu mengeluarkan mangsa, dan operasi tamat sekitar 5.13 pagi.

Insiden itu kini dalam siasatan oleh pihak polis, termasuk punca sebenar berlakunya perlanggaran antara kedua-dua kenderaan. -Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1