theme-sticky-logo-alt
February 11, 2026
51 Views

Sany Gesa Kandungan Sejarah Diperluas Untuk Generasi Muda

KUALA LUMPUR — Seorang ahli parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memasukkan kisah tokoh komunis dan peristiwa Reformasi dalam modul pembelajaran Sejarah di sekolah menengah. Cadangan itu dikemukakan oleh wakil rakyat Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di mana beliau berkata generasi muda... Read More

KUALA LUMPUR — Seorang ahli parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memasukkan kisah tokoh komunis dan peristiwa Reformasi dalam modul pembelajaran Sejarah di sekolah menengah.

Cadangan itu dikemukakan oleh wakil rakyat Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di mana beliau berkata generasi muda perlu didedahkan kepada aspek politik moden negara selain sejarah kemerdekaan yang sedia diajar.

Menurut Sany, modul sejarah tradisional banyak memberi fokus kepada tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Razak, namun perkara itu seharusnya diperluaskan kepada tokoh sayap kiri yang turut memperjuangkan kemerdekaan termasuk Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.

Beliau turut berkata bahawa generasi hari ini patut dikenalkan kepada peristiwa politik penting abad ke-20 termasuk era Reformasi yang bermula pada 1998, di mana demonstrasi besar-besaran menuntut perubahan sistem politik negara diikuti oleh kemunculan wadah baru dalam landskap politik moden Malaysia.

“Dalam modul sejarah kita juga perlu memasukkan bab mengenai peristiwa seperti pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebangkitan Reformasi, serta perhimpunan rakyat seperti Bersih yang memberi impak kepada sistem pilihan raya,” kata Sany.

Menjawab cadangan itu, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata walaupun semua perkara yang dibangkitkan adalah sebahagian daripada sejarah negara, proses penyusunan dan semakan kurikulum Sejarah tertakluk kepada prosedur tertentu yang merangkumi libat urus dengan pakar sejarah, akademik, guru dan institusi seperti Arkib Negara untuk memastikan kandungan yang tepat serta relevan kepada pelajar. -MalaysiaKini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading