theme-sticky-logo-alt
February 11, 2026
27 Views

Lelongan Pantas: Selipar, Tuala Jamal Raih RM66,000

Dua barangan peribadi milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, iaitu sepasang selipar dan sehelai tuala, berjaya dilelong pada nilai keseluruhan RM66,000 dalam tempoh kurang daripada lima minit semasa acara lelongan awam yang diadakan di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor pagi ini. Barangan tersebut pada asalnya ditawarkan pada harga permulaan RM10,000,... Read More

Dua barangan peribadi milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, iaitu sepasang selipar dan sehelai tuala, berjaya dilelong pada nilai keseluruhan RM66,000 dalam tempoh kurang daripada lima minit semasa acara lelongan awam yang diadakan di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor pagi ini.

Barangan tersebut pada asalnya ditawarkan pada harga permulaan RM10,000, namun selepas beberapa pusingan bidaan sengit daripada hadirin, selipar itu dimenangi oleh seorang ahli perniagaan dari Sabah pada harga RM33,000, manakala tuala pula dibida pada harga RM33,000 oleh seorang lagi individu.

Seorang daripada pembida, Leon Ho Man Hou dari CNS Hardware, berkata beliau membida selipar itu sebagai tanda sokongan terhadap Jamal, yang disifatkannya banyak berjasa kepada masyarakat dan golongan memerlukan. Beliau menegaskan tindakan itu adalah satu tanggungjawab moral membantu figura tersebut ketika menghadapi waktu sukar.

Pembida tuala, A Jaikumar, pula berkata barangan itu mempunyai nilai sejarah tersendiri dan simbol kepada keberanian Jamal dalam menyuarakan isu rakyat.

Acara lelongan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan perintah mahkamah terhadap Jamal, susulan kegagalannya menjelaskan hutang penghakiman tertunggak berjumlah lebih RM66,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berhubung kes saman fitnah lama. 14 barangan milik beliau telah disita oleh mahkamah dan disenaraikan untuk lelongan awam.

Walaupun hanya melibatkan barangan peribadi seperti selipar dan tuala, proses lelongan itu menarik perhatian ramai kerana nilai bidaan yang jauh melebihi harga permulaan dalam masa singkat kurang lima minit.- Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading