theme-sticky-logo-alt
February 11, 2026
196 Views

Kes Zara Qairina: Prosiding Komital Terhadap Shafie Ditunda

KOTA KINABALU-Mahkamah Sesyen di sini semalam memutuskan untuk menangguhkan sementara prosiding komital terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang berkaitan kenyataannya mengenai inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir. keputusan itu dibuat sehingga keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi diketahui. Prosiding komital tersebut difailkan selepas pihak pendakwaan mendakwa kenyataan Shafie berpotensi mengganggu... Read More

KOTA KINABALU-Mahkamah Sesyen di sini semalam memutuskan untuk menangguhkan sementara prosiding komital terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang berkaitan kenyataannya mengenai inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir. keputusan itu dibuat sehingga keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi diketahui.

Prosiding komital tersebut difailkan selepas pihak pendakwaan mendakwa kenyataan Shafie berpotensi mengganggu perjalanan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang sedang berlangsung. Inkues itu dijalankan untuk menyiasat punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Hakim Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan tangguh itu selepas mendengar bantahan awal daripada peguam Shafie berhubung isu forum dan bidang kuasa mahkamah. Pihak pendakwaan turut memohon prosiding ditangguhkan sementara menunggu semakan kehakiman yang difailkan oleh pihak pembelaan.

Mahkamah juga menegaskan bahawa penangguhan hanya melibatkan prosiding komital sahaja, dan inkues kematian Zara Qairina tetap diteruskan tanpa gangguan.

Prosiding seterusnya dijadualkan pada 27 Mac untuk pihak-pihak mengemaskini status semakan kehakiman melalui kaedah dalam talian, dengan kehadiran Shafie dikecualikan pada tarikh itu. -Sinar Harian

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading