IPOH, 24 Nov – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijadual membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Pembentangan itu bakal menggariskan hala tuju pembangunan negeri, kedudukan kewangan serta peruntukan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat sepanjang tahun hadapan.
Buat julung kalinya, pembentangan belanjawan negeri turut menyediakan khidmat jurubahasa isyarat bagi membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran mengikuti pembentangan berkenaan.
Persidangan Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-15 itu dijadual berlangsung sehingga 3 Disember ini, manakala sesi perbahasan belanjawan akan bermula esok.








