theme-sticky-logo-alt
November 21, 2026
69 Views

Pertikai Penutupan Premis: Saya Mohon Maaf,”-Khoo Poay Tiong

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya mengenai arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika waktu solat Jumaat. Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu, Khoo mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan, khususnya dari segi pemilihan kata-kata dan nada sehingga... Read More

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya mengenai arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika waktu solat Jumaat.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu, Khoo mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan, khususnya dari segi pemilihan kata-kata dan nada sehingga menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan masyarakat, terutama umat Islam.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya amat menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama mereka.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut,” katanya.

Beliau turut mengakui sebagai wakil rakyat, dirinya sepatutnya lebih berhati-hati dan sensitif apabila menyentuh isu berkaitan agama serta masyarakat majmuk.

Khoo sebelum ini mempersoalkan notis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menetapkan penutupan premis tertentu antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada Jumaat. Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan penguatkuasaan itu memberi kesan kepada peniaga bukan Islam.

Bagaimanapun, laporan media kemudian menjelaskan bahawa dasar penutupan itu bukan diperkenalkan oleh pentadbiran PAS sekarang, sebaliknya telah dilaksanakan sejak 2014. MBKT pada 2024 turut menjelaskan bahawa premis makanan milik bukan Islam boleh beroperasi seperti biasa selagi pekerja Islam diberi ruang menunaikan solat Jumaat, manakala premis tertentu yang dikendalikan pekerja wanita boleh memohon kebenaran khas.

Khoo turut menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuk pemimpin dan ahli akar umbi DAP sendiri, selain wakil parti lain yang meminta beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf.

Dalam permohonan maaf terbaharunya, Khoo berkata beliau menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan mengambil tanggungjawab terhadap kekhilafan dalam penyampaiannya.

Beliau turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan.

Sumber: Kenyataan Facebook Khoo Poay Tiong, Astro AWANI,Malaysiakini,MBKT.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1