theme-sticky-logo-alt
November 12, 2026
115 Views

“Jika Ada Kerisauan Atau Ancaman Tembak Jangan Tunggu” – Datuk Fadil Marsus

PETALING JAYA: Semua anggota barisan hadapan Polis Kontinjen Kuala Lumpur diarah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan bertindak tegas, termasuk menggunakan senjata api sekiranya berdepan ancaman keselamatan ketika menjalankan tugas. Menurut UTUSAN,Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setiap anggota perlu mempunyai keupayaan membuat keputusan dengan pantas tanpa membiarkan keraguan menjejaskan keselamatan diri ketika menghadapi situasi... Read More

PETALING JAYA: Semua anggota barisan hadapan Polis Kontinjen Kuala Lumpur diarah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan bertindak tegas, termasuk menggunakan senjata api sekiranya berdepan ancaman keselamatan ketika menjalankan tugas.

Menurut UTUSAN,Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setiap anggota perlu mempunyai keupayaan membuat keputusan dengan pantas tanpa membiarkan keraguan menjejaskan keselamatan diri ketika menghadapi situasi berisiko.

“Jika ada apa-apa halangan, tembak. Ada apa-apa keraguan, tembak. Ada rasa kerisauan atau ancaman, tembak. Jangan tunggu.

“Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di barisan hadapan,” katanya.

Kenyataan itu disampaikan menerusi rakaman audio yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Polis Kuala Lumpur.

Fadil turut mengingatkan seluruh anggota supaya tidak mengambil mudah aspek keselamatan ketika melaksanakan operasi, sebaliknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau menegaskan, persediaan rapi, perancangan operasi yang teratur serta keupayaan menilai tahap ancaman amat penting bagi memastikan tindakan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

Menurutnya, setiap anggota perlu memahami tanggungjawab masing-masing serta memastikan keputusan yang diambil bersesuaian dengan situasi keselamatan yang dihadapi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1