theme-sticky-logo-alt
November 4, 2026
19 Views

“Ketika PAS Berada Dalam Kerajaan Tiada Pula Istilah Dajjal Digunakan,”-Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan pendirian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajjal. Beliau berkata, pendirian berkenaan menimbulkan persoalan memandangkan Pas sebelum ini turut berada dalam kerajaan yang menandatangani persefahaman politik mengandungi elemen sama. Menurutnya, pada 13... Read More

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan pendirian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajjal.

Beliau berkata, pendirian berkenaan menimbulkan persoalan memandangkan Pas sebelum ini turut berada dalam kerajaan yang menandatangani persefahaman politik mengandungi elemen sama.

Menurutnya, pada 13 September 2021, ketika Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, satu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai bersama Pakatan Harapan (PH).

Katanya, persefahaman itu turut mengandungi elemen confidence and supply bagi menjamin kestabilan kerajaan serta kelulusan Belanjawan.

“Ketika PAS berada dalam kerajaan, persefahaman sedemikian dianggap perlu demi kestabilan negara. Tidak pula kedengaran istilah Dajal digunakan.

“Tetapi apabila PAS berada di luar kerajaan, mekanisme politik yang serupa tiba-tiba dikaitkan dengan Dajal,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, Muhammad Kamil mempersoalkan sama ada Pas mengamalkan pendekatan berbeza dalam menilai sesuatu mekanisme politik berdasarkan kedudukan parti itu dalam kerajaan atau pembangkang.

“Apakah ini suatu kaedah baharu dalam politik PAS? Halal bagi kami, haram bagi kamu?

“Atau hukum politik ini mempunyai pengecualian khas untuk rakan sekutu?” soalnya.

“Yang berubah ialah kedudukan politik. Jangan sampai neraca halal dan haram pun turut berubah mengikut kedudukan kerusi.

“Agama mengajar kita berlaku adil dan berpegang pada prinsip, bukan menyediakan dua ukuran berbeza mengikut siapa yang sedang berkuasa,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1