theme-sticky-logo-alt
November 4, 2026
28 Views

“Penyatuan Ummah Bukan Sekadar Strategi Menang Pilihan Raya,”-Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan agenda penyatuan ummah yang diperjuangkan parti itu bukan sekadar strategi politik untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya bertujuan memastikan kestabilan negara dan masa depan masyarakat Melayu Islam. Menurut beliau, agenda berkenaan merupakan usul yang dibentangkan dalam Muktamar Pas Pusat dan diterima sebulat suara... Read More

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan agenda penyatuan ummah yang diperjuangkan parti itu bukan sekadar strategi politik untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya bertujuan memastikan kestabilan negara dan masa depan masyarakat Melayu Islam.

Menurut beliau, agenda berkenaan merupakan usul yang dibentangkan dalam Muktamar Pas Pusat dan diterima sebulat suara oleh ahli parti.

Beliau berkata, keputusan itu menunjukkan seluruh ahli Pas memahami keperluan mencari jalan untuk menyatukan ummah pada masa hadapan.

Katanya, penyatuan ummah juga tidak seharusnya dilihat dalam kerangka politik semata-mata kerana matlamatnya lebih besar, termasuk memastikan masyarakat Melayu Islam tidak terus berpecah.

“Kita tidak mahu akhirnya orang Melayu Islam berpecah. Bila berpecah, ekonomi kita sudah terlepas, jangan lepaskan pula kuasa politik,” katanya dalam temu bual wartawan wartawan Utusan Malaysia

Beliau berkata, penyatuan berkenaan penting bagi menjamin kestabilan negara, khususnya dalam konteks kedudukan kuasa politik Melayu.

Menurutnya, sebarang gugatan terhadap kuasa majoriti Melayu berpotensi menjejaskan kestabilan politik negara.

Bagi menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh Fiji yang didakwa mengalami perubahan landskap politik susulan kemasukan pendatang luar sehingga penduduk tempatan berdepan cabaran dalam kedudukan politik.

“Apabila pendatang luar masuk, tiba-tiba mereka menguasai politik, akhirnya penduduk tempatan seperti tidak diterima,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1