theme-sticky-logo-alt
November 3, 2026
92 Views

“Ayah Saya Mahu BN Menang Dengan Bergaya,”-Nooryana Najib

MASJID TANAH – Ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini tidak menghalang anaknya, Nooryana Najwa Mohd Najib untuk turun padang membantu Barisan Nasional (BN). Nooryana Najwa yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO berkata, beliau bersama adik-beradiknya mengambil tanggungjawab meneruskan sokongan terhadap parti serta... Read More

MASJID TANAH – Ketiadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini tidak menghalang anaknya, Nooryana Najwa Mohd Najib untuk turun padang membantu Barisan Nasional (BN).

Nooryana Najwa yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO berkata, beliau bersama adik-beradiknya mengambil tanggungjawab meneruskan sokongan terhadap parti serta mendekati penyokong yang selama ini setia bersama bapanya.

Menurut Malaysia Gazette, beliau memahami hasrat Najib untuk bersama-sama jentera parti sepanjang kempen PRN Melaka, namun keadaan tidak mengizinkan bekas Presiden UMNO itu berbuat demikian.

“Kali ini saya bersama abang-abang saya ambil tanggungjawab untuk meneruskan sokongan terhadap parti dan bertemu penyokong yang selama ini setia bersama ayah saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Ziarah Kasih di Kampung Seri Tanjung, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.

Mengimbas kembali PRN Melaka 2021, Nooryana Najwa berkata, beliau masih mengingati pengorbanan bapanya yang tetap turun membantu rakan-rakan parti meskipun ketika itu beliau baru sahaja melahirkan anak.

Katanya, ketika itu beliau masih dalam tempoh berpantang dan Najib memaklumkan tidak dapat menziarahinya kerana perlu membantu jentera parti menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Ketika itu, saya masih dalam pantang. Saya ingat lagi, dia kata, maaf Yana, saya tak boleh ziarah Yana sebab kena bantu kawan-kawan di PRN Melaka.

“Tapi kali ini, Alhamdulillah, Yana ada, abang-abang Yana pun ada. Insya-Allah, kita akan gunakan peluang ini untuk membantu parti dan berjumpa dengan penyokong-penyokong Bossku,” katanya.

Tambahnya, kecintaan Najib terhadap UMNO dan BN menjadi antara dorongan untuk beliau terus menyumbangkan tenaga bagi membantu parti itu sepanjang kempen PRN Melaka.

“Ayah saya mahu melihat parti BN menang dengan bergaya dan saya bantu sejauh yang boleh,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1