theme-sticky-logo-alt
October 27, 2026
40 Views

“Kebenaran Import Babi Hidup Dari Sarawak Ke Selangor Telah Diluluskan Sejak Julai 2025,”-Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR: Kebenaran mengimport ternakan babi hidup dari Sarawak ke Selangor telah diberikan sejak Julai 2025 dengan pelaksanaan syarat dan prosedur kawalan yang ketat bagi memastikan pengendalian ternakan dilakukan secara terkawal. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pengaturan import berkenaan bukan keputusan baharu, sebaliknya telah dimaklumkan kepada media serta dijelaskan di... Read More

KUALA LUMPUR: Kebenaran mengimport ternakan babi hidup dari Sarawak ke Selangor telah diberikan sejak Julai 2025 dengan pelaksanaan syarat dan prosedur kawalan yang ketat bagi memastikan pengendalian ternakan dilakukan secara terkawal.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pengaturan import berkenaan bukan keputusan baharu, sebaliknya telah dimaklumkan kepada media serta dijelaskan di Parlimen sebelum isu itu kembali mencetuskan pertikaian.

Menurut Malaysia Kini, pengimportan tersebut hanya dibenarkan melalui lesen yang diluluskan dan tertakluk kepada prosedur ditetapkan, termasuk memastikan ternakan dihantar terus ke pusat penyembelihan di Rawang tanpa singgah di mana-mana lokasi lain.

“Keputusan ini merupakan antara langkah bagi membantu menstabilkan bekalan dan harga pasaran susulan gangguan terhadap industri penternakan akibat penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chan menjelaskan, langkah berkenaan diambil susulan gangguan bekalan yang berpunca daripada penularan wabak ASF dalam industri penternakan.

Beliau turut memaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah ditetapkan sejak awal bagi mengawal proses pengendalian ternakan sebaik tiba di Pelabuhan Klang.

“Saya turut difahamkan bahawa satu prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah ditetapkan sejak awal bagi memastikan pengendalian ternakan di Pelabuhan Klang dilaksanakan secara terkawal dan teratur,” katanya.

Sehubungan itu, Chan menegaskan bahawa pengimportan ternakan berkenaan merupakan pengaturan yang telah diluluskan lebih awal dan dilaksanakan tertakluk kepada syarat serta kawalan yang ditetapkan.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1