theme-sticky-logo-alt
October 27, 2026
27 Views

“100 Peratus Kawasan Pembangkang, Kita Tambah RM2.2 Bilion Dimana Zalimnya?” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan Persekutuan menganaktirikan kawasan yang diwakili pembangkang, sambil menegaskan peruntukan pembangunan tetap disalurkan demi kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman politik. Menurut Malaysia Kini, Beliau berkata, peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Terengganu daripada RM6 bilion ketika pentadbiran terdahulu kepada RM8.2 bilion bagi 2027 membuktikan kerajaan tidak meminggirkan... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan Persekutuan menganaktirikan kawasan yang diwakili pembangkang, sambil menegaskan peruntukan pembangunan tetap disalurkan demi kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Menurut Malaysia Kini, Beliau berkata, peningkatan peruntukan Persekutuan kepada Terengganu daripada RM6 bilion ketika pentadbiran terdahulu kepada RM8.2 bilion bagi 2027 membuktikan kerajaan tidak meminggirkan negeri yang dikuasai pembangkang.

“Dari RM6 bilion kepada RM8.2 bilion. Ini diskriminasi apa?

“Zalim apa ini? Satu kawasan yang 100 peratus sokongan pembangkang, kita tambah RM2.2 bilion. Ini memang luar biasa zalimnya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, berhubung cadangan menggubal Akta Peruntukan Sama Rata bagi memastikan semua ahli Parlimen menerima peruntukan pembangunan kawasan tanpa mengira parti.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading