theme-sticky-logo-alt
October 21, 2026
96 Views

Akmal Saleh Buka Bidaan Jual Motosikal, Ikan Tilapia Demi Bayar Ganti Rugi RM300,000

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengambil keputusan menjual motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia ternakannya bagi mengumpul wang untuk menjelaskan ganti rugi serta kos berjumlah RM300,000 yang diperintahkan mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati wang simpanannya masih belum mencukupi untuk melunaskan bayaran berkenaan, susulan kekalahan dalam kes saman... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengambil keputusan menjual motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia ternakannya bagi mengumpul wang untuk menjelaskan ganti rugi serta kos berjumlah RM300,000 yang diperintahkan mahkamah.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati wang simpanannya masih belum mencukupi untuk melunaskan bayaran berkenaan, susulan kekalahan dalam kes saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Menurut Akmal, beliau menghormati keputusan mahkamah dan bersedia memikul sepenuhnya tanggungjawab tersebut tanpa mahu membebankan pihak lain.

“Sejujurnya, saya menghormati keputusan mahkamah dan bersedia mematuhi perintah itu. Tanggungjawab untuk menjelaskan jumlah tersebut akan saya pikul sepenuhnya.

“Namun, izinkan saya berusaha sendiri dahulu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Akmal mengakui jumlah RM300,000 amat besar baginya, malah beliau tidak mempunyai tanah atau rumah yang boleh dijual bagi menampung bayaran tersebut.

Katanya, motosikal dan ikan tilapia ternakan itu merupakan dua aset miliknya yang telah selesai dibayar, sekali gus mendorong beliau membuka bidaan kepada individu yang berminat.

“Berat hati hendak berpisah dengan sesuatu yang kita sayang. Namun, lebih berat hati saya jika terpaksa menyusahkan orang lain sedangkan masih ada milik sendiri yang boleh saya usahakan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa setiap pembida perlu membayar deposit RM100 yang akan dipulangkan sepenuhnya sekiranya bidaan tidak berjaya.

Dalam pada itu, Akmal menghargai cadangan penyokong supaya tabung sumbangan diwujudkan bagi membantunya, namun memilih untuk berusaha menggunakan aset sendiri terlebih dahulu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Melaka pada 19 Oktober lalu memerintahkan Akmal membayar ganti rugi am sebanyak RM250,000 dan kos RM50,000 kepada Teresa selepas mahkamah memutuskan beliau bertanggungjawab dalam kes saman fitnah berkaitan kenyataan yang dibuat pada 2024.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading