theme-sticky-logo-alt
October 20, 2026
42 Views

“Siapa Yang Sakau, Termasuk Dalam Parti Saya Pun Jalan,” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan undang-undang terhadap individu yang terbabit dalam rasuah dan penyelewengan perlu dilaksanakan tanpa mengira kedudukan atau fahaman politik. Beliau berkata, istilah ‘sakau’ tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana parti tertentu kerana tindakan penguatkuasaan turut melibatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut Anwar, beliau tidak pernah menggunakan kuasanya... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan undang-undang terhadap individu yang terbabit dalam rasuah dan penyelewengan perlu dilaksanakan tanpa mengira kedudukan atau fahaman politik.

Beliau berkata, istilah ‘sakau’ tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana parti tertentu kerana tindakan penguatkuasaan turut melibatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Anwar, beliau tidak pernah menggunakan kuasanya untuk menghalang siasatan atau pendakwaan terhadap mana-mana individu, termasuk anggota parti sendiri.

“Sesiapa yang sakau, termasuk kalau dalam parti saya pun jalan. Malah seperti Yang Berhormat tahu, ada kes-kes pendakwaan yang melibatkan ahli-ahli parti Keadilan.

“Saya tidak menghalang atau menggunakan kuasa saya untuk menghalang termasuk mantan Setiausaha Politik saya baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar merujuk kes membabitkan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang sedang menghadapi perbicaraan atas pertuduhan rasuah.

Dalam sesi sama, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa setiap dakwaan salah laku perlu disokong bukti dan melalui proses siasatan sewajarnya sebelum tindakan lanjut diambil.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading