theme-sticky-logo-alt
October 20, 2026
39 Views

“AMLA Berjaya Beku Aset RM4.3 Bilion Dan Sita RM1 Bilion Sejak 2022,” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) berjaya membekukan aset bernilai RM4.3 bilion dan menyita RM1 bilion menerusi tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan sepanjang tempoh 2022 hingga September 2026. Menurut Malaysia Gazette,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tempoh sama, AMLA turut merekodkan pelucuthakan aset berjumlah RM48.3 juta selain mengenakan kompaun bernilai RM1.1... Read More

KUALA LUMPUR: Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) berjaya membekukan aset bernilai RM4.3 bilion dan menyita RM1 bilion menerusi tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan sepanjang tempoh 2022 hingga September 2026.

Menurut Malaysia Gazette,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tempoh sama, AMLA turut merekodkan pelucuthakan aset berjumlah RM48.3 juta selain mengenakan kompaun bernilai RM1.1 bilion.

Beliau turut berkata pencapaian itu mencerminkan kesungguhan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa serta pelbagai bentuk pelanggaran undang-undang membabitkan sektor perniagaan dan korporat.

“AMLA sejak 2022 hingga September 2026 telah berjaya membekukan jumlah RM4.3 bilion, menyita RM1 bilion, melucut hak RM48.3 juta dan kompaun RM1.1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjelaskan, tindakan penguatkuasaan turut memberi tumpuan kepada kesalahan dalam sektor korporat, termasuk manipulasi pasaran saham, pelanggaran kewajipan pendedahan maklumat korporat serta kegiatan pemberian pinjaman wang secara haram yang disertai unsur ugutan.

Langkah penguatkuasaan itu memperlihatkan usaha berterusan pihak berkuasa menangani jenayah kewangan dan memastikan pematuhan undang-undang dalam aktiviti perniagaan serta pasaran modal negara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading