theme-sticky-logo-alt
October 19, 2026
34 Views

“Saya Nasihatkan ADUN Supaya Tidak Campur Tangan Dalam Urusan DKU Dan Institusi Diraja,”-Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak lagi mencampuri urusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) serta institusi diraja negeri itu. Menurut Berita Harian, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wakil rakyat gabungan berkenaan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada tanggungjawab menyediakan perkhidmatan terbaik... Read More

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak lagi mencampuri urusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) serta institusi diraja negeri itu.

Menurut Berita Harian, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wakil rakyat gabungan berkenaan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada tanggungjawab menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata BN berpendirian bahawa isu membabitkan DKU dan institusi diraja perlu dipisahkan daripada urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Justeru, kerajaan Negeri Sembilan, walaupun tidak mempunyai EXCO sekarang ini, mereka sedang menyediakan draf untuk pembentangan Belanjawan 2027 bagi negeri.

“Itulah sebabnya nasihat saya pada ADUN kita supaya tidak lagi campur tangan dalam DKU dan institusi diraja.

“Kita tumpukan memberikan perkhidmatan kerana wakil rakyat dipilih rakyat, mandat sudah diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Keselamatan Jalan Raya 2026 di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading