theme-sticky-logo-alt
October 16, 2026
28 Views

“Saya Tidak Bersikap Antiraja,”-Hassan Karim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan beliau bukan seorang yang antiraja, sebaliknya tetap menghormati dan menyanjung tinggi institusi beraja di negara ini. Bagaimanapun, pemimpin PKR itu menjelaskan pendiriannya adalah berlandaskan prinsip raja berperlembagaan dan beliau tidak bersetuju sekiranya sistem pemerintahan negara cenderung ke arah monarki mutlak. “Saya tidak antiraja. Saya memahami... Read More

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan beliau bukan seorang yang antiraja, sebaliknya tetap menghormati dan menyanjung tinggi institusi beraja di negara ini.

Bagaimanapun, pemimpin PKR itu menjelaskan pendiriannya adalah berlandaskan prinsip raja berperlembagaan dan beliau tidak bersetuju sekiranya sistem pemerintahan negara cenderung ke arah monarki mutlak.

“Saya tidak antiraja. Saya memahami konsep constitutional monarchy (raja berperlembagaan). Tetapi kalau sistem mahu cenderung kepada absolute monarchy (monarki mutlak), itu saya tidak setuju,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Hassan berkata demikian ketika mengulas kelantangannya menyuarakan pandangan terhadap isu membabitkan institusi beraja, khususnya berhubung pengampunan diraja yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini disabitkan bersalah atas pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Bagaimanapun, pelaksanaan pengampunan berkenaan tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah memperkenankan pengurangan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda yang dikenakan dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Hassan bagaimanapun menegaskan bahawa pendiriannya dalam menyuarakan pandangan terhadap isu berkenaan tidak bermaksud beliau menolak institusi diraja, sebaliknya mempertahankan prinsip raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading