theme-sticky-logo-alt
October 15, 2026
23 Views

Akmal Bidas RSN Rayer:“Kalau Kamu Boleh Tapi Kalau Orang Lain Tak Boleh?”

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pendirian Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menggesa supaya kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibawa semula ke mahkamah, namun tidak mengambil pendirian sama dalam kes melibatkan pemimpin DAP. Akmal membangkitkan kembali kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pendirian Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menggesa supaya kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibawa semula ke mahkamah, namun tidak mengambil pendirian sama dalam kes melibatkan pemimpin DAP.

Akmal membangkitkan kembali kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2018 yang menyaksikan pertuduhan terhadapnya ditarik balik oleh Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, keputusan itu dibuat ketika perbicaraan sudah berlangsung dengan 25 daripada keseluruhan 55 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Beliau turut mengingatkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu menyatakan rasa terkejut dengan keputusan berkenaan, selain menegaskan bahawa penarikan pertuduhan tersebut dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya SPRM.

Sehubungan itu, Muhamad Akmal mencabar Rayer supaya turut mendesak agar pendakwaan terhadap Guan Eng dilakukan semula, sebagaimana desakannya berhubung kes Ahmad Zahid.

“Nak tanya YB RSN Rayer, Jelutong, yang kes ini tidak mahu minta Perdana Menteri arahkan Peguam Negara untuk buat pendakwaan sekali lagi ke?

“Seperti mana kamu minta kes Datuk Seri Zahid dibicarakan semula?

“Ke kalau kamu semua boleh, orang lain semua tak boleh?” soalnya.

Muhamad Akmal turut menyindir Rayer yang menurutnya kelihatan gembira dalam sekeping gambar ketika pertuduhan terhadap Guan Eng ditarik balik pada 2018.

Untuk rekod, pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Guan Eng serta ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya kedua-duanya dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Terdahulu, Rayer dilaporkan menggesa Peguam Negara meneliti semula 47 pertuduhan berkaitan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang pernah dihadapi Ahmad Zahid.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading