theme-sticky-logo-alt
October 1, 2026
87 Views

“Pertemuan 25 ADUN Negeri Sembilan Fokus Tanggungjawab Kepada Rakyat Bukan Isu Menteri Besar,”-Jalaluddin Alias

KUALA LUMPUR: Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dengan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menurut BERNAMA,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pertemuan berkenaan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memastikan... Read More

KUALA LUMPUR: Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dengan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut BERNAMA,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pertemuan berkenaan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memastikan semua wakil rakyat blok kerajaan terus komited melaksanakan amanah di kawasan masing masing, selain memperkukuh parti.

Menurut beliau, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan barisan ADUN supaya tidak terlalu terkesan dengan perkembangan politik semasa di negeri itu dan terus mengutamakan khidmat kepada rakyat.

“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya ADUN, 25 ADUN yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan di Menara Dato’ Onn, malam tadi.

Jalaluddin berkata, pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pertemuan berkenaan berlangsung ketika kemelut pentadbiran Negeri Sembilan masih menjadi perhatian, namun Jalaluddin menegaskan fokus utama wakil rakyat ketika ini ialah memastikan tanggungjawab terhadap kawasan dan rakyat terus dilaksanakan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1