theme-sticky-logo-alt
September 28, 2026
35 Views

“Biar Perdana Menteri Dan Setiausaha Agung DAP Yang Buat Keputusan,”-Steven Sim

PETALING JAYA: Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim Chee Keong menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti untuk menentukan kedudukannya sekiranya jawatan Menteri Pengangkutan perlu dipangku susulan hasrat Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan. Steven Sim yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, fokusnya ketika ini adalah memastikan sektor perusahaan mikro,... Read More

PETALING JAYA: Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim Chee Keong menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti untuk menentukan kedudukannya sekiranya jawatan Menteri Pengangkutan perlu dipangku susulan hasrat Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan.

Steven Sim yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, fokusnya ketika ini adalah memastikan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi mendapat perhatian sewajarnya dalam Belanjawan 2027.

Menurutnya, soal pelantikan pemangku Menteri Pengangkutan bukan di bawah bidang kuasanya kerana perkara itu merupakan budi bicara Perdana Menteri selepas menerima cadangan daripada parti.

“Fokus saya sekarang adalah kerja-kerja di kementerian khususnya menjayakan sektor PMKS dan koperasi dalam Belanjawan 2027.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengharapkan dana yang lebih besar untuk PMKS Malaysia, kos perniagaan yang lebih rendah dan kecekapan kerajaan yang lebih tinggi.

“Perkara-perkara lain, biar Perdana Menteri dan Setiausaha Agung DAP yang buat keputusan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading