theme-sticky-logo-alt
September 26, 2026
59 Views

“Jangan Label Seseorang Sebagai Biadap Tanpa Memahami Institusi Kesultanan,”-Zahid Hamidi

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak supaya tidak terburu-buru melabel seseorang sebagai ‘derhaka’ atau ‘biadab’ tanpa memahami terlebih dahulu kedudukan institusi kesultanan, adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Menurut Sinar Harian,Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi perlu diperhalusi sebelum sebarang pertikaian dibuat... Read More

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak supaya tidak terburu-buru melabel seseorang sebagai ‘derhaka’ atau ‘biadab’ tanpa memahami terlebih dahulu kedudukan institusi kesultanan, adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Menurut Sinar Harian,Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi perlu diperhalusi sebelum sebarang pertikaian dibuat penilaian.

Menurut beliau, peranan kepimpinan adalah menjernihkan kekusutan berlandaskan ilmu dan kebijaksanaan, selain memastikan martabat institusi terus dipelihara.

“Kedudukan serta tanggungjawab setiap institusi perlu diperhalusi sebelum sesuatu pertikaian dinilai.

“Janganlah label derhaka dan biadab mendahului kefahaman tentang duduk perkara.

“Tugas kepimpinan utama ialah menjernihkan kekusutan dengan ilmu dan kebijaksanaan, sambil memelihara martabat institusi, bukan bercakap di atas keretapi dan berbalas tiada adab, tiada tamadun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Musyawarah Nasional 3.0 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada Sabtu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading