theme-sticky-logo-alt
September 17, 2026
21 Views

“Sudah Tiba Masa Kerajaan Menjadikan Tenaga Solar Sebagai Pilihan,”-Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan memperluaskan penggunaan tenaga solar dalam kalangan isi rumah sebagai penyelesaian jangka panjang bagi membantu rakyat mengurangkan bil elektrik. Menerusi Hantaran di Facebook, cadangan itu dikemukakan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan meneliti langkah mitigasi segera bagi mengurangkan kesan... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan memperluaskan penggunaan tenaga solar dalam kalangan isi rumah sebagai penyelesaian jangka panjang bagi membantu rakyat mengurangkan bil elektrik.

Menerusi Hantaran di Facebook, cadangan itu dikemukakan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan meneliti langkah mitigasi segera bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat. Anwar sebelum ini memaklumkan satu mesyuarat khas akan diadakan bersama PETRA, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan Kementerian Kewangan bagi meneliti perkara tersebut.

Akmal berkata, langkah mitigasi berkenaan disambut baik, namun menurutnya rakyat turut memerlukan penyelesaian yang mampu memberi kesan secara berterusan dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan memberikan insentif kepada syarikat dalam industri solar bagi menggalakkan lebih banyak penyedia menawarkan perkhidmatan pemasangan.

“Jika kerajaan terus bergantung pada bantuan untuk menampung kenaikan kos penjanaan elektrik, beban kewangan negara boleh meningkat apabila harga bahan api naik,” 

“Pelaburan untuk membantu rakyat menggunakan tenaga solar pula berpotensi mengurangkan kebergantungan isi rumah kepada bekalan elektrik daripada grid dalam jangka panjang,”

“Sudah tiba masanya kerajaan menjadikan tenaga solar pilihan yang mampu dicapai oleh rakyat. Ringankan bil mereka hari ini, dan berikan mereka jalan untuk menjimatkan kos elektrik pada masa hadapan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading