theme-sticky-logo-alt
September 12, 2026
51 Views

“Ini Merupakan Ucapan Bakal Perdana Menteri ,”- Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 disifatkan sebagai ucapan seorang bakal Perdana Menteri serta kerajaan yang bakal dibentuk. Menurut UTUSAN, Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan Ahmad Zahid itu jelas memperincikan hala tuju Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)... Read More

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 disifatkan sebagai ucapan seorang bakal Perdana Menteri serta kerajaan yang bakal dibentuk.

Menurut UTUSAN, Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan Ahmad Zahid itu jelas memperincikan hala tuju Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya kepada pemberita selepas ucapan Ahmad Zahid pada PAU 2026.

Dalam ucapan dasarnya, Ahmad Zahid menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti berpandangan jauh yang mempunyai visi jangka panjang untuk Malaysia, bukannya parti yang sekadar mahu bertahan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

Beliau turut menggesa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan secepat mungkin, sambil menyifatkan sudah tiba masanya BN mendapatkan mandat baharu untuk menerajui negara.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan bahawa institusi kehakiman dan institusi negara tidak akan dijadikan alat politik sekiranya BN kembali menerajui Putrajaya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading