theme-sticky-logo-alt
September 10, 2026
34 Views

“Wakil Rakyat Pemuda UMNO Yang Tidak Menjalankan Tanggungjawab Tidak Dicalonkan PRU16,” – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat dalam kalangan Pemuda UMNO yang gagal menjalankan tanggungjawab dan menunjukkan prestasi memuaskan tidak akan dipertimbangkan untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menurut Malaysia Gazette, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, sayap itu mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan bukan sekadar memegang gelaran... Read More

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat dalam kalangan Pemuda UMNO yang gagal menjalankan tanggungjawab dan menunjukkan prestasi memuaskan tidak akan dipertimbangkan untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut Malaysia Gazette, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, sayap itu mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan bukan sekadar memegang gelaran sebagai wakil rakyat.

“Jangan malas, jangan culas, jangan ngelat, jangan berdalih bila nak tolong rakyat.

“Kalau saya dapat tahu ada wakil rakyat dalam kalangan Pemuda UMNO ini yang tak buat kerja, jangan mimpi hendak jadi calon untuk PRU16,” katanya.

Menurutnya, prestasi wakil rakyat Pemuda UMNO dipantau menerusi Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Wakil Rakyat Pemuda UMNO Malaysia bagi memastikan mereka mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Setiap wakil rakyat terbabit turut mempunyai kad laporan bagi membolehkan prestasi mereka dinilai sama ada berada pada tahap cemerlang atau sebaliknya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading