theme-sticky-logo-alt
September 10, 2026
68 Views

“UMNO Banyak Kali Diuji Oleh PH Berkenaan Isu Melayu Dan Islam,”-Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa tindakan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa isu membabitkan prinsip, maruah serta sensitiviti Melayu dan Islam menjadi antara sebab UMNO mempertimbangkan perubahan jalur politiknya untuk bersama PAS. Menurut Akmal, UMNO telah beberapa kali diuji dalam perkara yang disifatkannya menyentuh kepentingan Melayu dan Islam sepanjang bekerjasama... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa tindakan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa isu membabitkan prinsip, maruah serta sensitiviti Melayu dan Islam menjadi antara sebab UMNO mempertimbangkan perubahan jalur politiknya untuk bersama PAS.

Menurut Akmal, UMNO telah beberapa kali diuji dalam perkara yang disifatkannya menyentuh kepentingan Melayu dan Islam sepanjang bekerjasama dengan PH.

“Sebenarnya, sudah terlalu banyak kali kita diuji oleh PH dalam perkara yang menyentuh prinsip, maruah serta sensitiviti Melayu dan Islam,” katanya dalam ucapannya.

Beliau berkata, sekiranya timbul persoalan mengapa UMNO mahu mengubah haluan politik untuk bersama PAS, persoalan itu menurutnya tidak seharusnya ditujukan kepada UMNO semata-mata.

“Sebab itu, kalau ada yang bertanya mengapa UMNO mahu mengubah jalur politiknya untuk bersama PAS, jangan tanya UMNO.

“Tanyalah PH, mengapa berkali-kali mereka memaksa UMNO memilih antara kuasa dengan prinsip,” katanya.

Akmal turut mendakwa terdapat perbezaan pendirian dalam kalangan PH terhadap institusi Raja-Raja Melayu, khususnya apabila sesuatu titah dikatakan tidak selari dengan kepentingan politik mereka.

“Kita masih ingat, ketika mereka mahu mendapatkan kuasa, bukan main lagi mereka menjunjung titah dan menghormati Raja-Raja Melayu.

“Tetapi apabila titah tidak lagi menepati selera politik mereka, hal babi pun mereka sanggup cabar titah Raja,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan pendirian pemimpin PH lain berhubung perkara berkenaan.

“Saya mahu tanya, di mana suara pemimpin-pemimpin PH yang lain? Mengapa diam?

“Apabila memerlukan Raja, titah dijunjung. Apabila titah menghalang kepentingan mereka, Raja pula mahu diajar,” katanya.

Akmal menyifatkan keadaan itu sebagai gambaran sikap sebenar PH, menurut pandangannya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading