theme-sticky-logo-alt
September 10, 2026
32 Views

“Hormati Perlembagaan Jangan Campur-Aduk Kuasa Mahkamah Dengan Kuasa Pengampunan,” – Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuradukkan kuasa mahkamah dengan mekanisme pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang antara lain menyatakan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa perlu menjalani sepenuhnya tempoh... Read More

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuradukkan kuasa mahkamah dengan mekanisme pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang antara lain menyatakan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang ditetapkan mahkamah.

Menurut Wee, pendirian sedemikian tidak menggambarkan keseluruhan kerangka undang-undang dan Perlembagaan negara kerana sistem keadilan Malaysia mempunyai beberapa fungsi yang berbeza.

Beliau juga berkata mahkamah menentukan sama ada seseorang itu bersalah dan menjatuhkan hukuman, manakala pihak eksekutif mentadbir pelaksanaan hukuman mengikut undang-undang termasuk melalui mekanisme seperti remisi dan parole.

Pada masa sama, katanya, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan, penangguhan dan peringanan hukuman kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja dan Yang di-Pertua Negeri mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Oleh itu, mengatakan bahawa seseorang pesalah mesti menjalani sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tanpa mengambil kira mekanisme lain yang sah di sisi undang-undang adalah tidak tepat,” katanya dalam kenyataan.

“Justeru, prinsip yang sama mesti digunakan secara konsisten,”

“Jangan apabila sesuatu keputusan memihak kepada pihak yang kita suka, kita panggil ia ‘rule of law’, tetapi apabila mekanisme Perlembagaan digunakan terhadap pihak yang kita tidak suka, kita tiba-tiba mempertikaikannya.

“Prinsip tidak boleh berubah hanya kerana nama individunya berbeza,” Tambahnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading