theme-sticky-logo-alt
September 10, 2026
29 Views

“Anda Ikhlaskan Diri, Kami Juga Akan Ikhlaskan Segalanya,”- Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR: UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memperkukuh perjuangan bangsa dan agama, namun kerjasama itu perlu dibina atas dasar keikhlasan, kejelasan serta kepentingan strategik politik Melayu-Islam. Menurut Sinar Harian, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tidak pernah menutup ruang terhadap usaha penyatuan Melayu yang melangkaui sempadan parti... Read More

KUALA LUMPUR: UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memperkukuh perjuangan bangsa dan agama, namun kerjasama itu perlu dibina atas dasar keikhlasan, kejelasan serta kepentingan strategik politik Melayu-Islam.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tidak pernah menutup ruang terhadap usaha penyatuan Melayu yang melangkaui sempadan parti dan perbezaan ideologi.

“Percayalah, jika sesiapa juga yang datang kepada UMNO dan menggagaskan kesatuan Melayu, UMNO akan menyambutnya dengan berlapang dada, tetapi kerjasama itu mestilah ada kejelasannya,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Bagaimanapun, Mohamad menegaskan kerjasama berkenaan tidak boleh bersifat bermusim, terputus-putus atau diwujudkan sekadar untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan mahupun kelemahan UMNO.

“Pendirian UMNO sangat jelas. Anda ikhlaskan diri, kami juga akan ikhlaskan segalanya, insya-ALLAH. Justeru, penyatuan politik Melayu itu boleh berlaku pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan,” katanya.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading