SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Haji Ismail Lasim menegaskan sokongan penuh dan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Ismail berkata beliau mengambil maklum kenyataan media Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026.
Menurut beliau, apa juga pandangan YTM Undang Yang Empat adalah hak mereka.
“Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri,” katanya.
Ismail turut menegaskan beliau bersama Kerajaan Negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
“Saya bersama Kerajaan Negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya.








