theme-sticky-logo-alt
September 6, 2026
17 Views

“Ini Bukan Soal Dendam Atau Iri Hati,”- Anwar Ibrahim

SERDANG: Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan yang sedang dijalankan terhadap mana-mana pemimpin politik dan pegawai tertinggi agensi kerajaan ketika ini tidak didorong unsur dendam atau iri hati. Menurut Malaysia Gazette, tidak terlibat secara langsung dalam siasatan yang dijalankan pihak berkuasa sebelum sebarang keputusan pendakwaan dibuat oleh Peguam Negara. Beliau berkata keutamaan tugasnya adalah... Read More

SERDANG: Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan yang sedang dijalankan terhadap mana-mana pemimpin politik dan pegawai tertinggi agensi kerajaan ketika ini tidak didorong unsur dendam atau iri hati.

Menurut Malaysia Gazette, tidak terlibat secara langsung dalam siasatan yang dijalankan pihak berkuasa sebelum sebarang keputusan pendakwaan dibuat oleh Peguam Negara.

Beliau berkata keutamaan tugasnya adalah memastikan pentadbiran kerajaan berjalan berlandaskan peraturan, selain membanteras penyelewengan dan gejala rasuah.

“Ada kata fasal dendam atau iri hati. Yang siasat bukan saya, yang siasat itu badan-badan penguat kuasa.

“Yang memutuskan untuk mendakwa Peguam Negara dan pasukan dia yang meneliti setiap kes.

“Yang menghukum itu hakim. Apa tugas saya adalah memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan rasuah dihentikan, ini bukan momokan politik biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading