theme-sticky-logo-alt
September 4, 2026
34 Views

“Timbalan Perdana Menteri Tiada Hak Desak PRU Ke-16 Diadakan Lebih Awal,”-Hassan Karim

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendesak Perdana Menteri secara terbuka supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan dengan segera. Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, sistem pentadbiran Jemaah Menteri atau Kabinet Kerajaan Persekutuan berasaskan dua doktrin utama iaitu Tanggungjawab Bersama Menteri (Collective Ministerial Responsibility) dan... Read More

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendesak Perdana Menteri secara terbuka supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan dengan segera.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, sistem pentadbiran Jemaah Menteri atau Kabinet Kerajaan Persekutuan berasaskan dua doktrin utama iaitu Tanggungjawab Bersama Menteri (Collective Ministerial Responsibility) dan Tanggungjawab Menteri Secara Individu (Individual Ministerial Responsibility).

Menurutnya, Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

“Perkara penting seperti pembubaran Parlimen dan penentuan tarikh PRU16, kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen terletak pada Perdana Menteri, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 40(1) dan tertakluk kepada Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan,”

“Walaupun merupakan presiden sebuah parti utama dalam Kerajaan Persekutuan dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, tidak seharusnya mendesak Perdana Menteri secara terbuka supaya PRU16 diadakan lebih awal,” Katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hassan, sekiranya menteri berkenaan dan partinya tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri yang sebelum ini menyatakan PRU16 akan diadakan sehingga tamat tempoh Parlimen Ke-15, tindakan yang wajar sekiranya perbezaan pendirian itu berterusan adalah meletakkan jawatan daripada Kabinet.

Beliau mendakwa tindakan terus mendesak Perdana Menteri dalam keadaan sedemikian boleh dianggap bercanggah dengan doktrin Tanggungjawab Bersama Menteri sebagaimana yang dirujuknya di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.

Hassan berkata demikian menerusi satu kenyataan berhubung persoalan kedudukan Perlembagaan sekiranya seorang Timbalan Perdana Menteri mendesak Perdana Menteri supaya pilihan raya umum diadakan dengan segera.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading