theme-sticky-logo-alt
September 4, 2026
37 Views

Najib Berjaya Tangguh Prosiding Kebankrapan RM1.69 bilion

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini berjaya dalam rayuannya selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan sehingga rayuan cukainya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) diputuskan. Menurut Malaysia Gazette,prosiding kebankrapan berkenaan melibatkan tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion. Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Dr... Read More

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini berjaya dalam rayuannya selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan sehingga rayuan cukainya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) diputuskan.

Menurut Malaysia Gazette,prosiding kebankrapan berkenaan melibatkan tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Wahab bersama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Ong Chee Kwan.

Panel sama turut membenarkan rayuan anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang berdepan tuntutan tunggakan cukai berjumlah RM37.6 juta.

Mahkamah Rayuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 November 2025 yang sebelum ini menolak permohonan Najib dan Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan masing-masing.

Dalam penghakimannya, panel mendapati Mahkamah Tinggi terlalu bergantung kepada prinsip ‘bayar dahulu, pertikai kemudian’ tanpa menilai beberapa isu khusus dan substantif yang dibangkitkan pihak perayu.

Panel berkata prinsip berkenaan bukan halangan mutlak kepada mahkamah untuk menggunakan budi bicaranya bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan.

“Prinsip ‘bayar dahulu, pertikai kemudian’ bukan halangan mutlak terhadap budi bicara mahkamah untuk mencegah ketidakadilan,” menurut panel.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading