theme-sticky-logo-alt
September 3, 2026
30 Views

“Saya Akan Letak Jawatan Kerana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bukan AMK,”-Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menurut Malaysia Gazette, pelantikan beliau ke jawatan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, justeru hanya... Read More

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menurut Malaysia Gazette, pelantikan beliau ke jawatan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, justeru hanya pihak yang melantiknya berhak meminta beliau berundur.

“Saya dilantik oleh TPM merangkap Menteri KKDW. Saya hanya menurut perintah jika Menteri KKDW minta saya letak jawatan, saya akur.

“Yang selayaknya meminta saya meletakkan jawatan ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah melantik saya. Bukan ikut cakap desakan AMK,” katanya pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Menara Dato Onn.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading