theme-sticky-logo-alt
August 28, 2026
53 Views

“Hanya Aminuddin Memulangkan Sepenuhnya Peruntukan Yang Diterima,”- Datuk Ismail Lasim

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan pejabatnya telah menerima pemulangan baki peruntukan yang tidak dibelanjakan daripada sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) penggal lalu, termasuk dua penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurut Buletin TV3, beliau berkata, semakan di Pejabat Menteri Besar mendapati ada dalam kalangan ADUN PH yang telah... Read More

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan pejabatnya telah menerima pemulangan baki peruntukan yang tidak dibelanjakan daripada sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) penggal lalu, termasuk dua penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Buletin TV3, beliau berkata, semakan di Pejabat Menteri Besar mendapati ada dalam kalangan ADUN PH yang telah membuat pemulangan sejak 30 Jun lalu, namun jumlahnya tidak sepenuhnya.

“Rekod menunjukkan, setakat ini, hanya bekas Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sahaja yang sudah memulangkan keseluruhan peruntukan yang diterima,” katanya.

Menurut Ismail, sebahagian ADUN lain mungkin telah menggunakan sebahagian daripada peruntukan berkenaan bagi tujuan bantuan kepada rakyat.

“Memang ada yang sudah pulangkan, tetapi mungkin tidak sepenuhnya seperti mana yang disalurkan. Mungkin mereka sudah gunakan untuk bantuan kepada rakyat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen dan Pengurus Pasukan ke Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di sini, lewat petang tadi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading