theme-sticky-logo-alt
July 30, 2026
90 Views

“‘Penyatuan Umat’ Membisu Dan Gagal Bersuara Bela Tabung Haji,”-Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR: Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung salah tadbir urus serta unsur penyelewengan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 amat menyedihkan umat Melayu dan Islam. Menurut Setiausaha Agung Amanah ,Faiz Fadzil, TH merupakan institusi milik umat Islam yang menghimpunkan simpanan hasil titik peluh masyarakat bagi menunaikan ibadah haji,... Read More

KUALA LUMPUR: Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung salah tadbir urus serta unsur penyelewengan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 amat menyedihkan umat Melayu dan Islam.

Menurut Setiausaha Agung Amanah ,Faiz Fadzil, TH merupakan institusi milik umat Islam yang menghimpunkan simpanan hasil titik peluh masyarakat bagi menunaikan ibadah haji, selain pernah menjadi antara syarikat milik Melayu Islam yang maju dan membanggakan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kebanggaan itu terjejas akibat perbuatan segelintir individu dalam kalangan masyarakat Melayu Islam sendiri.

“Tabung Haji adalah milik orang Melayu Islam yang bekerja keras mencari rezeki untuk menyimpan wang dan Tabung Haji juga adalah syarikat milik Melayu Islam yang cukup maju di dunia.

“Malangnya, ‘penyatuan umat’ membisu dan gagal bersuara membela Tabung Haji dan menentang perlakuan salah pengurusan Tabung Haji ketika pemerintahan Umno dahulu.

Jelas sekali ‘penyatuan umat’ adalah untuk meraih kuasa dan bukannya membela Melayu dan mengangkat martabat Islam. Islam melarang penyelewengan, tetapi ia bukan perjuangan ‘penyatuan umat’,”katanya.

Mengulas kandungan laporan RCI, Faiz berkata usaha pemulihan TH dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan, dengan laporan berkenaan turut mengiktiraf pelan pemulihan tersebut.

“RCI tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengenal pasti bentuk kesalahan jenayah secara khusus dan siapakah pelakunya. Perkara ini adalah dalam bidang kuasa polis dan SPRM,” katanya.

Justeru, beliau menggesa siasatan mendalam dan segera dilaksanakan oleh PDRM serta SPRM bagi memulihkan keyakinan umat Melayu Islam terhadap TH.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1