theme-sticky-logo-alt
July 27, 2026
119 Views

“Apa Manfaat Kepada Saya Untuk Mencampuri Sistem Adat?- Anthony Loke

CHENNAH: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam institusi Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah itu berkata, terdapat khabar angin yang mendakwa beliau terlibat dalam krisis diraja di negeri berkenaan dengan membiayai pihak yang menentang Undang Sungai Ujong yang dipertikaikan, Mubarak Thahak. Menurut Loke,... Read More

CHENNAH: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam institusi Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah itu berkata, terdapat khabar angin yang mendakwa beliau terlibat dalam krisis diraja di negeri berkenaan dengan membiayai pihak yang menentang Undang Sungai Ujong yang dipertikaikan, Mubarak Thahak.

Menurut Loke, beliau turut dikaitkan dengan pergolakan yang sedang berlaku dalam institusi diraja Jelebu.

Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak masuk akal, Menteri Pengangkutan itu menegaskan bahawa beliau sentiasa menghormati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta pembesar adat.

“Ada kata saya bagi duit kepada orang untuk kacau Datuk Undang Sungai Ujong. Ini cakap-cakap yang memang tak masuk akal langsung. Tetapi ada orang percaya.

“Fitnah macam ini, orang percaya. Sebab fitnah ini lebih senang dipercayai daripada kenyataan. Orang ingat betul. Tetapi kita fikir-fikirkan, apa kebaikan untuk saya mencampuri urusan adat? Adat tidak ada kena-mengena dengan saya.

“Urusan adat adalah urusan dalam sistem adat. Apa manfaat kepada saya untuk mencampuri atau mengganggu sistem adat? Itu kita hormat. Kita hormat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin,” katanya ketika berucap di hadapan hadirin.-MALAYSIA KINI

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading