theme-sticky-logo-alt
July 5, 2026
66 Views

“Semua Parti Pakat Mahu Jatuhkan Saya Sebab Dia Tahu Kita Strict ,”-Anwar Ibrahim

BATU PAHAT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud kerjasama dalam kalangan parti politik untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI yang dipimpinnya dalam membanteras rasuah serta salah guna kuasa. Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata pendirian kerajaan yang tidak berkompromi terhadap amalan mencuri wang rakyat atau menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi menjadi... Read More

BATU PAHAT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud kerjasama dalam kalangan parti politik untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI yang dipimpinnya dalam membanteras rasuah serta salah guna kuasa.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata pendirian kerajaan yang tidak berkompromi terhadap amalan mencuri wang rakyat atau menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi menjadi antara punca timbulnya rasa tidak senang dalam kalangan pihak tertentu.

“Sebab itu tuan-tuan tahu sekarang, semua parti pakat mahu jatuhkan saya. Kenapa? Sebab dia tahu kita strict (tegas). Dia tahu kita jaga semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di Batu Pahat, hari ini.

Menurut Anwar, beliau tidak gentar berdepan tekanan politik berkenaan kerana pentadbirannya berpegang kepada prinsip memastikan pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh tanah, projek, saham atau kekayaan peribadi.

Beliau turut berkata sepanjang beberapa kali mengadakan lawatan ke Johor sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah mengambil sebarang tanah, projek mahupun saham di negeri itu.

“Saya datang Johor berpuluh kali, saya ambil tanah? Tak. Saya ambil projek? Tak ada. Saya ambil saham? Tak ada. Kita kena ajar wakil rakyat kita, negeri baik, jaga prinsip ini,” katanya.- BERNAMA

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading