theme-sticky-logo-alt
July 5, 2026
32 Views

Isu Projek JS-SEZ: “Nak Claim Semua Boleh Claim,”-Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan mana-mana pihak boleh sahaja ‘menuntut kredit’ atas kejayaan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), namun menegaskan kejayaan itu perlu dilihat berdasarkan fakta. Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berkata, JS-SEZ merupakan inisiatif yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor... Read More

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan mana-mana pihak boleh sahaja ‘menuntut kredit’ atas kejayaan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), namun menegaskan kejayaan itu perlu dilihat berdasarkan fakta.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berkata, JS-SEZ merupakan inisiatif yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor serta pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Menurut beliau, isu berkenaan tidak seharusnya dipolitikkan kerana kejayaan pelaksanaan zon ekonomi khas itu adalah hasil pendekatan ‘whole-of-nation’ yang membabitkan pelbagai pihak.

“JS-SEZ, kalau nak ‘claim’ kredit, semua orang boleh ‘claim’ kredit. Tetapi pada masa yang sama, kita kena berdasarkan fakta, di mana JS-SEZ ini adalah satu inisiatif di peringkat Kerajaan Persekutuan, bersama juga berbincang dengan Kerajaan Negeri.

“Penglibatan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan kementerian-kementerian berkaitan seperti MITI, Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen, Kementerian Ekonomi dan kementerian lain. Jadi, tidak hanya satu kementerian yang terlibat menjayakan JS-SEZ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sarapan pagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Johor Bahru, hari ini.- ASTRO AWANI

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading