theme-sticky-logo-alt
July 3, 2026
73 Views

“Bukannya Hendak Batalkan Projek Cuma Kita Merasionalisasikan Kos,”- Anthony Loke

MUAR — Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam. Menurut Awani, teguran yang dizahirkan Sultan Sharafuddin Idris Shah diterima secara terbuka dan akan dijadikan kesempatan untuk menjelaskan fakta serta pendirian kerajaan mengenai projek berkenaan.... Read More

MUAR — Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam.

Menurut Awani, teguran yang dizahirkan Sultan Sharafuddin Idris Shah diterima secara terbuka dan akan dijadikan kesempatan untuk menjelaskan fakta serta pendirian kerajaan mengenai projek berkenaan.

Loke berkata, kerajaan tidak pernah berhasrat membatalkan projek LRT3, sebaliknya hanya melaksanakan rasionalisasi kos bagi memastikan pelaksanaannya lebih berhemat.

“Hari ini juga ada kenyataan bersama daripada Lim Guan Eng dan Tony Pua berkenaan fakta-fakta yang perlu diketengahkan. Jadi teguran itu kita terima dan saya akan cuba memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberikan penjelasan.

“Bukannya soal kita hendak membatalkan projek itu, cuma untuk merasionalisasikan kos projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal di sebuah restoran di Muar pada Khamis.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading