theme-sticky-logo-alt
June 25, 2026
31 Views

“Saya Menafikan Sekeras-kerasnya Dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,”-Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau pernah memaklumkan kononnya pihak Istana “mengarahkan” pembubaran Dewan Negeri Johor. Onn Hafiz berkata, apa yang dijelaskannya ialah pembubaran Dewan Negeri Johor dibuat selepas mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, selaras... Read More

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau pernah memaklumkan kononnya pihak Istana “mengarahkan” pembubaran Dewan Negeri Johor.

Onn Hafiz berkata, apa yang dijelaskannya ialah pembubaran Dewan Negeri Johor dibuat selepas mendapat titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Menurutnya, Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Negeri Johor sesuka hati kerana proses itu perlu dibuat mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

“Pembubaran perlu melalui proses yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan hanya berkuat kuasa setelah mendapat perkenan,” katanya dalam satu kenyataan.

Onn Hafiz berkata beliau telah mengadap dan mempersembahkan perkara itu sebelum mengumumkan pembubaran Dewan Negeri Johor kepada rakyat secara terbuka selepas mendapat perkenan.

Katanya, mendapat titah perkenan merupakan satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik.

Justeru, beliau menyifatkan tindakan Puad sebagai amat tidak bertanggungjawab sekiranya memutarbelitkan proses perlembagaan yang sah sehingga mewujudkan persepsi kononnya Institusi Diraja mencampuri urusan dan keputusan politik UMNO Johor.

Onn Hafiz berkata Puad berhak meninggalkan UMNO dan berbeza pandangan dengan kepimpinan parti.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan sedemikian amat serius dan berpotensi menyentuh sensitiviti 3R, khususnya berkaitan Institusi Diraja, selain boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.

Sehubungan itu, Onn Hafiz berkata UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya menghormati Institusi Diraja, mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta tidak memperalatkan institusi tersebut dalam pertelingkahan politik.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading