theme-sticky-logo-alt
June 23, 2026
144 Views

“Johor Terima RM 16 Billion Dari Kerajaan Persekutuan, “- Anwar Ibrahim

TANGKAK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Johor menerima peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun lalu. Beliau berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada Persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025. Menurutnya, Kerajaan Persekutuan pula menyalurkan semula RM16... Read More

TANGKAK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Johor menerima peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada Persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan pula menyalurkan semula RM16 bilion kepada Johor menerusi pelbagai projek pembangunan, peruntukan pengurusan dan program berkaitan.

“Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, hasil Persekutuan yang dikutip dari Johor bagi 2023 hingga 2025 berjumlah RM14 bilion.

“Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, fakta tersebut perlu diperjelaskan bagi memberikan gambaran sebenar mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Johor.

Beliau turut membandingkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor ketika pentadbiran terdahulu dengan di bawah Kerajaan Madani.

Menurutnya, peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor ketika pentadbiran terdahulu adalah sekitar RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun.

Katanya, jumlah itu meningkat kepada RM8.7 bilion di bawah pentadbiran semasa.

Anwar berkata, peningkatan peruntukan berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diberi keutamaan.- Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1