theme-sticky-logo-alt
June 18, 2026
47 Views

Isu Muhyiddin Fitnah Guan Eng: Ganti Rugi Dikurangkan Kepada RM450,000

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Tan Sri Muhyiddin Yassin memfitnah Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai status pengecualian cukai Yayasan Albukhary. Bagaimanapun, panel tiga hakim mengurangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kepada RM450,000 berbanding RM1.35 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi... Read More

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Tan Sri Muhyiddin Yassin memfitnah Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Bagaimanapun, panel tiga hakim mengurangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kepada RM450,000 berbanding RM1.35 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel yang dipengerusikan Datuk Azhahari Kamal Ramli bersama Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar selepas mendengar rayuan difailkan kedua-dua pihak.

Mahkamah memutuskan kenyataan dibuat Muhyiddin pada 2023 membawa maksud bahawa Guan Eng, ketika memegang jawatan Menteri Kewangan, bertanggungjawab terhadap penarikan balik pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Namun, keterangan yang dikemukakan sepanjang prosiding mendapati dakwaan itu tidak disokong fakta kerana pengecualian cukai yang dinikmati yayasan berkenaan tidak pernah dibatalkan.

Mahkamah turut bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pembelaan Muhyiddin berasaskan justifikasi, keistimewaan bersyarat dan komen adil tidak dapat dipertahankan.

Pada masa sama, panel hakim berpendapat jumlah ganti rugi yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi sebelum ini terlalu tinggi dan wajar disemak semula.

Mahkamah turut mengetepikan pemberian ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selepas mendapati tiada bukti menunjukkan Muhyiddin bertindak secara melampau atau memperoleh manfaat daripada kenyataan berkenaan.-Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading