theme-sticky-logo-alt
June 2, 2026
28 Views

Mesyuarat Di Kediaman MB Negeri Sembilan:“Ia Adalah Mesyuarat Biasa Bukan Khas,”- Cha Kee Chin

SEREMBAN– Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pagi ini. Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau berkata, mesyuarat tersebut... Read More

SEREMBAN– Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pagi ini.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat biasa dan bukan mesyuarat khas, namun dinamakan tergempar susulan notis singkat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor petang semalam.

“Ia adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas, ia dinamakan tergempar kerana notis singkat, selepas pembubaran DUN Johor petang semalam,”katanya

Menurut beliau, mesyuarat itu berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat kekeluargaan dalam kalangan pimpinan PH Negeri Sembilan.

“Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Negeri yang bakal menjelang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading