theme-sticky-logo-alt
May 26, 2026
40 Views

Titah Perutusan Aidiladha 2026:”Kekuatan Sesuatu Bangsa Terletak Pada Kesatuan,Kestabilan Dan Saling Menghormati,”Sultan Pahang

KUANTAN — Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya terus memelihara perpaduan serta mengelakkan perpecahan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Baginda bertitah, Aidiladha membawa simbol pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan ukhuwah sesama umat Islam selain menjadi lambang perpaduan ummah tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan.... Read More

KUANTAN — Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini supaya terus memelihara perpaduan serta mengelakkan perpecahan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Baginda bertitah, Aidiladha membawa simbol pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan ukhuwah sesama umat Islam selain menjadi lambang perpaduan ummah tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan.

“Dalam suasana dunia yang semakin mencabar hari ini, saya menyeru agar seluruh rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini, terus memelihara perpaduan, mengelakkan perpecahan dan tidak mudah dipengaruhi dengan perkara-perkara yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat,”

Saya percaya bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan semata-mata, tetapi turut bergantung kepada kesatuan rakyat, kestabilan masyarakat serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama,” Titah baginda
15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading