theme-sticky-logo-alt
May 22, 2026
43 Views

Krisis Politik Negeri Sembilan:“Jangan Bising Kulu-Kilir” – Tok Mat

SEREMBAN — Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berpandangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu. Menurut Sinar Harian, langkah tersebut perlu bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan pihak yang layak mentadbir negeri. Mohamad berkata, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun secara... Read More

SEREMBAN — Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berpandangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

Menurut Sinar Harian, langkah tersebut perlu bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan pihak yang layak mentadbir negeri.

Mohamad berkata, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun secara asasnya telah hilang sokongan majoriti selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap beliau.

“Kalau Aminuddin sudah tidak dapat lagi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan, sebaiknya beliau membubarkan DUN dan kita pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka nak untuk mentadbir Negeri Sembilan.

“Jangan kita bising ‘kulu-kilir’, ia menyebabkan rakyat rasa tak tenteram. Sudahlah dengan keadaan dunia tidak stabil dengan perangnya, jadi kita buat elok-elok,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading